Friday, June 21, 2013

Kenapa susu saya merundum?

Di sini mommy ingin kongsikan tips bg mommy2 yg baru memasuki alam penyusuan.....
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.

  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala. Dengan kata lain 'Relax'!
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda. Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
  • Kalau boleh dapatkan hospital yang breastfeeding friendly. Get all the support you need!!

  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari di mana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa. Dapatkan bantuan nurse untukbantu anda dapatkan 'latching' yang betul.
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi tidak terganggu.
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial. Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
Seandainya anda memang tiada masalah dengan penyusuan, tetapi along the way anda dapati production  susu mula drop, jom terkejut mungkin ada penyebab lainnya!


Adakah anda berada dalam keadaan stress

Punca kepada stress boleh jadi macam-macam, sama ada tempat kerja, jadual harian yang padat, ish.. apa-apa je lah. Kenalpasti punca kepada stress yang anda lalui dan cari jalan untuk atasinya. 


Kurang makan?

Ibu menyusu perlu dapatkan kalori yang secukupnya untuk penghasilan susu badan. Jangan skip makan dan pastikan makan makanan yang seimbang. Ibu menyusu memang akan rasa cepat lapar sebab makanan yang kita makan digunakan sebagai 'fuel' untuk menghasilkan susu berkhasiat untuk bayi kita.

Kurang minum air masak? 

Kalau ibu minum air masak setakat 1 botol kecil air mineral, memang tak dapek nak nolong. Macam mana susu nak banyak kalau badan ibu sendiri pun 'kering'? huhu..


Adakah anda berada dalam keadaan terlalu letih atau penat

Kalau badan ibu terlalu letih, ia secara tidak langsung memang akan menjejaskan penghasilan susu dengan lancar.



Baby kurang menyusu atau anda kurang mengepam? 

Cuba cek balik adakah bayi anda kini tidak lagi menyusu sekerap sebelum ini? Jika ini kesnya, bolehlah lakukan power-pumping untuk tambah 'demand' pada penghasilan susu badan. Setkan satu masa setiap hari untuk buat power-pumping. Perkara yang paling utama dalam penyusuan adalah konsep asasnya iaitu supply vs demand!


Anda sedang period? 

Tidak dinafikan, ada ibu yang mendapati susu mereka akan drop sewaktu didatangi period. 


Adakah anda tidak sihat dan mengambil ubat yang boleh menjejaskan penghasilan susu ibu? 

Ya, ada sesetengah ubat yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu. Maklumkan kepada doktor yang anda ibu menyusu. Saya sendiri jarang sangat ambil ubat batuk atau selsema sewaktu sedang menyusukan. Walaupun doktor kata ia tidak menjejaskan penghasilan susu ;p


Adakah pam yang anda gunakan berada dalam keadaan baik? 

Kadang-kadang pam yang tidak berfungsi dengan baik turut menjejaskan pengeluaran susu yg optimum. Cuba cek sama ada suction pam masih seperti biasa atau sebaliknya.


Anda mengandung??! 
Kebanyakan ibu akan dapati susu drop apabila berbadan dua. So, better buat UPT cepat!! :)

 Jika anda ingin mencuba Set Milk Booster Shaklee, ingin mommy tekankan bahawa pengambilan suplemen ini tidaklah memperbanyak susu ibu secara langsung. Namun ia akan mengisi lopong-lopong zat dalam badan kita, memenuhi keperluan zat dalam tubuh yang tidak dapat kita penuhi daripada pemakanan harian kita. Seterusnya, apabila badan sihat (atasi masalah keletihan), ibu lebih ceria (atasi masalah stress), disusuli dengan amalan supply vs demand yang baik (kosongkan breast - pam atau bfeed setiap 2-3 jam sekali), serta minum air masak secukupnya (3L) sehari, insyaAllah.. mommy yakin anda akan temui jalan penyelesaiannya!

ID:947716
SMS/WeChat/Whatssap:0138048141
Email:mybabyshoppe.sales@gmail.com
COD: Seluruh WP Labuan
Delivery:Seluruh Malaysia(Semenanjung/Sabah/Sarawak)

No comments:

Post a Comment